Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi – Komunikasi Efektif dengan NLP

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 & 28 Julai 2019 yang lalu, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama NERA INFOCOM (M) Sdn.Bhd. telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi kepada semua Pusat Internet (PI) Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor bagi Siri Latihan Tambahan bertajuk komunikasi efektif dengan NLP. Program ini telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur selama 9 jam bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Semua pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor telah terlibat dengan modul kali ini. Modul pada hari tersebut telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr Mohammad Ismail dan Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimi Bin Yusoff.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali